Sunday

SALAM AIDILFITRI






Sinar Aidilfitri menjelma lagi,
Meriah berkumpul di pagi hari,
Tangan menyusun sepuluh jari,
Ambil kesempatan sesama famili..

Awal syawal rai kemenangan,
Umat islam saling berkunjungan,
Tahmid bertakbir erti ketenangan,
Bagi insan penuh kekurangan.
Selamat menyambut hari lebaran.






NUZUL AL QURAN






Panduan ini dikirim oleh rakan-rakan dan saya sekadar ingin berkongsi dengan teman-teman sekelian. Semuga ianya memberi kemanfaatan pada kita semua……amiiin 
 

Dikatakan :-
۞ Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.
۞ Surah Yasin dapat menghi lan gkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.
۞ Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.
۞ Surah Al-Waqi’ah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.
۞ Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.
۞ Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.
۞ Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.
۞ Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.
۞ Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.
۞ Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.
 
Seterusnya, bagi menangani Syaitan Durjana, dikatakan juga:-
۞ Ketika anda membawa AL-QURAN, respon syaitan ialah biasa saja, tengok je...
۞ Ketika anda membukanya, syaitan mula curiga.
۞ Ketika anda membacanya, syaitan mula gelisah.
۞ Ketika anda memahaminya, dia mula kejang.
۞ Ketika anda mengamalkan AL-QURAN, dalam kehidupan setiap hari, dia stroke....
 
Teruskan membaca AL-QURAN dan mengamalkannya agar syaitan terus stroke.
۞ Ketika anda ingin menyebarkan pesanan ini, syaitan pun mencegahnya.
۞ Syaitan kata, 'JANGAN SEBARKANNYA, KERANA IA TIDAK PENTING LANGSUNG!'

Sebar-sebarkan info ini Wahai SaudaraKu~ 


Jangan kita malas dan mengalah….ini mungkin menjadi setitik amal jariah yang bakal terhimpun menjadi telaga di akhirat nanti…

IHYA RAMADHAN 1433H








AKTIVITI YANG AKAN DIJALANKAN
SEPANJANG BULAN RAMADHAN :
1. Pelancaran Ihya’ Ramadhan
2. Risalah Ramadhan
3. Tadarus al-Quran
4. Majlis Khatam al-Quran
5. Tazkirah Mubarak
6. Nur pagi & Asmaul Husna
7. Tabung Ramadhan
8. Ceramah Nuzul al-Quran
9. Solat Hajat Perdana
10. Majlis berbuka Bersama Anak Yatim



Tuesday

KEMERIAHAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL



PENGERTIAN MAULIDUR RASUL

Maulidur Rasul adalah majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad S.AW yang kebiasannnya disambut pada setipa Rabiulawal dengan mengadakan berbagai acara sambutan seperti perarakan, berselawat dan ceramah bagi memuliakan junjungan besar umat Islam dan sebagai tanda kecintaan kepada Rasulullah S.A.W.

Didalam Al-Quran:

Allah SWT berfirman: “Tidaklah Kami utuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk mendatangkan kerahmatan kepada seluruh alam.” (Surah al-Anbia, ayat 107).

Imam Syafie Rahimahullah berkata : "Sesiapa mengumpulkan orang Islam untuk menyambut Maulid Nabi Muhammad SAW dengan membaca maulid dan mengadakan syarahan berkenaannya serta menyediakan makanan bagi mereka dan membuat lain-lain kebajikan, nescaya Allah akan membangkitkan mereka pada hari akhirat bersama dengan wali, orang mati syahid dan orang soleh, dan ia akan berada di dalam syurga yang penuh dengan nikmat".

TUJUAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL
  1. Memantapkan keyakinan terhadap RASULULLAH saw.
  2. Meningkatkan kecintaan kepada Rasulullah SAW.
  3. Baginda adalah contih ikutan/ ikon dalam semua aspek kehidupan.
  4. Menghayati sunnah Nabi Muhammad SAW dalam :
  •  Beribadah dan mentaati Allah SWT.
  •  Kesungguhan dan tetap dalam penderian ketika berdakwah.
  •  Teguh dan tetap dalam memperjuangkan Islam dan syariatnya.
  • Ketinggian akhlak dan budi pekertinya.
  • Cinta dan kasih sayangnya terhadap sahabat dan umatnya.      

FADHILAT MAULIDUR RASUL

Terlalu banyak kelebihan dan keistimewaan yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada mereka yang mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul. Antara Fadhilatnya adalah :
  1. Berniat hendak mengadakan Maulidul Rasul,sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal soleh.
  2. Keberkatan mengadakan Majlis Maulidur Rasul akan diperolehi oleh orang yang mengadakan amjlis dan seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal ditempat itu.
  3. Orang Islam yang dibacakan di dalam rumahnya Selawat ,nescaya Allah SWT akan:
  • Menghindarkan kekeringan dan kemarau.
  • Menjauhkan kebencian,hasad dengki,kejahatan dan kecurian.
  • Menghilangkan kecelakaan,bala dan penderitaan.
  • di tempatkan bersama orang-orang yang benar di sisi Allah SWT.
  • Memeudahkan menjawab soalan-soalan Mungkar dan Nakir apabila mati kelak. 
    
Rasulullah SAW bersabda : " Sesiapa membesarkan hari keputeraanku nescaya aku akan menjadi penolongnya pada hari kiamat dan sesiapa membelanjakan untuk majlisku seumpama ia membelanjakan emas sebanyak sebuah gunung untuk agama Allah".
ATIVITI MEMBUANG TUNGGUL POKOK KELAPA SAWIT





Aktiviti membuang tunngul pokok kelapa sawit yang telah mati. Kawasan ini dijadikan tempat menanam pokok limau kasturi.