PROFIL


Sekolah Kebangsaan LKTP Bukit Aping Timur, yang bertukar nama kepada Sekolah Kebangsaan Bukit Mahkota mula awal tahun 1985 terletak di Felda Bukit Aping Timur, Kota Tinggi, Johor.

Peringkat pertama dibina pada tahun 1975 yang mengandungi 6 bilik darjah, Pejabat Guru Besar, Pejabat Sekolah, Bilik Guru, Kantin dan stor dan 4 bilik air serta lengkap dengan pagar dan padang dengan perbelanjaan RM 195 000 di atas rezab sekolah dan rumah guru seluas 1,145,035 kaki persegi.

Kemasukan peneroka beransur-ansur iaitu pada peringkat pertama bermula awal disember 1975. Pada masa ini anak-anak peneroka disini terpaksa bersekolah di Sekolah Kebangsaan LKTP Bukit Aping Barat iaitu kira-kira 3 km dari sini disebabkan bangunan sekolah ini belum siap. Mulai 1hb September 1975, murid-murid seramai 150 orang, dengan 2 orang tenaga pengajar mula menggunakan bangunan ini, di bawah pengelolaan En. Abdul Rahman bin Jamil (Guru Besar) dan En. Abu Samah bin Ahmad (Guru Penolong).



No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.