LESTARI



Sekolah Lestari - Anugerah Alam Sekitar

Program Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar adalah program kerjasama di antara Jabatan Alam Sekitar, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Jabatan Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia serta Institusi Alam Se kitar dan Pembangunan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang telah dilancarkan pada 27 Januari 2005.

Terdapat empat (4) komponen utama yang ditekankan dalam program ini iaitu pengurusan, penghijauan, kokurikulum dan kurikulum. Secara dasarnya program ini merupakan payung kepada semua aktiviti -aktiviti berasaskan alam sekitar di sekolah seperti Projek Riadah Alam Sekitar (PRIAS), Projek Wira Alam, Program Eco -Youth, Program RE & EE (Renewable Energy & Energy Efficiency), Program Keceriaan Taman, Program 3K (Keselamatan, Kebersihan dan Keindahan), Program KitS (Kitar Semula), Kem Kesedaran Alam Sekitar dan aktiviti -aktiviti alam sekitar yang lain. Program ini bertujuan untuk membantu sekolah memperkukuhkan program -program pendidikan alam sekitar yang sedia ada. Program ini juga berkonsepkan pendekatan menyeluruh yang melibatkan semua lapisan warga sekolah bersama keluarga, komuniti setempat, kerajaan, pihak swasta dan badan bukan kerajaan.



Pengenalan
             
Sekolah Lestari merupakan satu Anugerah Alam Sekitar yang membudayakan pendidikan alam sekitar dengan menerapkan nilai murni alam sekitar dalam aspek pengurusan, kurikulum, kokurikulum dan penghijauan secara berterusan bagi mewujudkan amalan hidup yang selaras dengan konsep pembangunan lestari.

Pendidikan Alam Sekitar ialah pembelajaran untuk memahami interaksi manusia dengan alam sekitar dan bagaimana alam sekitar diuruskan dengan bijaksana dan bertanggungjawab ke arah kelestarian hidupan di bumi. Proses ini melibatkan pendidikan tentang alam sekitar, melalui alam sekitar dan untuk alam sekitar.

Objektif
-meningkatkan tahap kesedaran warga sekolah
-memupuk nilai murni alam sekitar pada kalangan warga sekolah
-mengenai kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar
-mewujudkan suasana sekolah yang kondusif  bagi melahirkan warga sekolah yang
 mempraktikkan amalan hidup lestari

Strategi dan Pelan Tindakan Pelaksanaan
 1. Pembahagian kepada 4 komponen seperti berikut :
(a)    Komponen Pengurusan 
(b)   Komponen Kurikulum 
(c)    Komponen Kokurikulum 
(d)   Komponen Penghijauan 
2.  Setiap komponen terdiri daripada guru-guru yang ditetapkan.
3.  Guru-guru akan memimpin para murid menjalankan segala aktiviti kurikulum, kokurikulum   dan penghijauan.  Guru-guru berperanan untuk menyampaikan objektif kepada murid tentang setiap pelaksanaan yang dijalankan demi membolehkan murid menghayati segala aktiviti yang dijalankan dengan rasa cinta terhadap  alam ini.
4.  Guru-guru menjalankan aktiviti dengan berpandukan jadual yang ditetapkan oleh ketua komponen.
5.  Peraturan terhadap memelihara dan memulihara segala bahan dan tumbuhan di kawasan   telah diadakan.

Prasarana  Pembelajaran
-Ruang prasarana pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah diamalkan dengan  penyediaan bahan-bahan bacaan,risalah-risalah,dan bahan-bahan cetakan dari internet.




AKTIVITI YANG DIJALANKAN PADA PERMULAAN  :

MENCERIAKAN SEKELILING KAWASAN SEKOLAH
LANGKAH 1:-

























KURSUS MEMBUAT BAJA KOMPOS :
LANGKAH 2 :

Baja kompos merupakan baja yang mampu menguruskan sampah organik seharian kita,secara tidak langsung baja kimia yang berbahaya dapat dikurangkan.Baja kompos adalah campuran bahan-bahan buangan atau sisa pertanian yang mereput serta terurai melalui proses penguraian bakteria menjadi baja semula jadi yang baik untuk kesuburan tanih.Secara mudahnya baja kompos dapat meneruskan kelestarian alam sekeliling kita.Pembuatan baja kompos selalunya amat menjimatkan malahan jika kena dengan cara dan keadaannya ianya adalah percuma sahaja.Malahan sekarang permintaan baja organik agak tinggi kerana tidak menggunakan sebarang bahan kimia atau racun serangga sebaliknya menggunakan bahan sisa tumbuhan atau haiwan.Terdapat pelbagai cara membuat baja kompos,namun saya cuba ringkaskan cara yang paling mudah membuat baja kompos di sini. 













Bahan-bahan membuat baja kompos :


1. Sisa makanan buangan daripada dapur seperti kulit telur,kulit buah-buahan atau sayur-sayuran,kulit kekacang atau sebarang bahan sisa sayuran atau buah-buahan.

 2.Sisa rumput,daun kering,habuk kayu atau pun sisa kertas yang sudah dikoyak-koyak menjadi kecil(kalau rumput dan habuk kayu langsung tidak ada)

 3.Najis haiwan- sama ada najis ayam atau pun lembu atau najis haiwan ternakan(jangan terlalu banyak kerana hanya sedikit diperlukan untuk proses menguraian bakteria.

 4. Jangan gunakan lebihan sisa daging,ikan ,bahan tenusu atau minyak kerana ini dapat menarik perhatian serangga yang akan memakan atau menngangkut sisa makan itu ke sarang ,atau membuat sarang mereka di situ.

 5. Air ,untuk pelembapan serta memudahkan penguraian bakteria

 6.Cangkul atau pun alatan yang sesuai untuk mengaul baja kompos itu nanti 

7. Bekas yang sesuai untuk baja kompos- terpulanglah kepada anda sama ada menggunakan bekas kayu atau pun apa-apa bekas yang sesuai. 

8. Kanvas atau plastik( untuk membalut ,sebagai langkah terakhir)

Cara-cara membuatnya:

1. Masukan bahan pertama iaitu sisa makanan yang berupa sisa sayuran atau 

buah-buahan,rumput,daun kering ,habuk kayu ke dalam acuan.

2. Masukan 1% najis ternakan dan di siram dengan air,kemudian bolehlah ditutup dengan lapisan rumput atau pun daun-daun kering.
mampatkan lapisan ini dengan menggunakan cangkul dan siramkan air sekali lagi

3. Ulanglah langkah 1 dan langkah 2 sehingga acuan penuh( sehingga 2 atau 3 kaki.Jangan lupa balut adunan tadi dengan kanvas atau plastik

4. Terbalikkan adunan setiap 2 minggu selepas sebulan adunan tadi di simpan.Baja kompos akan terhasil selepas 3-4 bulan( ambil masa sedikit,tetapi tak apalah asalkan selamat serta tidak melibatkan kos yang tinggi

5. Lapisan kompos yang mengecil menunjukkan bahawa baja kompos itu sedang mengalami penguraian bakteria dan membuktikan baja kompos anda akan terhasil.

6. Lapisan tadi jika digaul dengan turutan yang betul akhirnya akan menbentuk baja kompos yang berwarna kehitaman dan anda bolehlah mencampurkannya dengan tanah lain untuk tujuan tanaman atau pembajaan.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.